Kata-kata Motivasi


PERCAYA PADA DIRI SENDIRI UNTUK BERJAYA, KEGAGALAN MERUPAKAN BATU LONCATAN UNTUK KITA LEBIH BERJAYA



Kegagalan bukan bererti anda seorang yang gagal
      Ia hanyalah bererti anda masih belum berjaya lagi

Kegagalan bukan bererti anda tidak mencapai apa – apa
      Ia sebenarnya bererti anda sudah mempelajari sesuatu

Kegagalan bukan bererti anda bodoh kerana mencuba

      Ia bererti anda berani, berhati teguh, bersemangat waja

      Jadi, berbanggalah dengan diri anda

Kegagalan bukan bermakna anda tidak akan berjaya
      Ia sebenarnya bermakna anda memerlukan sedikit  masa lagi

Kegagalan bukan bermakna anda kecundang
      Ia hanyalah bermakna anda masih berpeluang untuk mencuba semula, mencuba sesuatu yang baru

Kegagalan bukan bermakna Tuhan telah meninggalkan anda
      Ia sebenarnya bermakna Dia mempunyai perancangan yang lebih baik untuk anda

Jadi benarlah,
      Kegagalan itu tidak pernah muktamad

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...