Program Orientasi Tingkatan 4



Program ini telah dijalankan pada tarikh 2-4 Januari di SMK Taman Universiti, terdapat banyak maklumat yang diperolehi oleh pelajar tingkatan 4 daripada program ini. Program ini dijalankan untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka. Pelajar dapat mengetahui pakej mata pelajaran SPM dan jumlah yang diambil  dalam SPM, dapat menyesuaikan diri dengan pembelajaran untuk menentukan matlamat masa depan dan 
Pelajar dapat merancang peningkatan akademik dengan
 lebih awal.
TERIMA KASIH 
pada semua yang terlibat secara langsung atau pun tidang langsung

Tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR












Jamuan Akhir PRS 2012

Pada 21 Oktober 2012, jamuan akhir Prs telah diadakan untuk mengenang jasa PRS Smk Taman Universiti yang banyak membantu dan menolong Unit Bimbingan Dan Kaunseling. Jamuan bertemakan Tradisional, semua PRS diminta memakai pakaian tradisional, kebanyakkan mereka memakai pakaian tradisional semasa jamuan PRS, walaupun hanya diadakan di sekolah tetapi kemeriahan jamuan PRS terpancar dengan pakaian yang berwarna-warni serta persembahan daripada pelbagai kaum. Terdapat juga permainan-permainan yang diadakan untuk memeriahkan majlis ini serta cabutan bertuah. Bekas-bekas pengerusi PRS juga telah dijemput hadir ke jamuan ini.

PENGERUSI PRS 2012 & EN ZAINAL















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...